ACTIVITY 2021
_______
JANUARY 2021

Webinar Kerjaya 2021
9.1.2021, CISCO WEBEX
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah:
Untuk membantu menzahirkan kepekaan mahasiswa dalam mengenali cabang lain dalam halatuju kerjaya dalam pasca pandemik COVID-19.
Untuk memantapkan persediaan mahasiswa mahasiswi untuk berhadapan dengan cabaran pencarian kerjaya yang sesuai.
JANUARY 2021

Clean Up Komuniti Trash Hero Perlis @ Timah Tasoh
16.1.2021, Empangan Timah Tasoh
Program ini dianjurkan oleh Puan Rosnani Nazri. Program ini melakukan kerja-kerja sukarelawan, membersihkan kawasan pelancongan negeri Perlis, dan memupuk semangat cintakan alam sekitar. Terapkan budaya menjaga alam sekitar, terutamanyan kawasan-kawasan yang dilindungi dan dipelihara. Di samping dapat mewujudkan satu budaya “Cintakan Alam Sekitar”. Ia juga dapat dijadikan medium dan pendekatan awal untuk mengindahkan lagi taman rekreasi bersama komuniti negeri Perlis itu sendiri.
FEBRUARY 2021

Coffee Talk : No Single Use Plastic
3.2.2021, FACEBOOK LIVE @ Universiti Malaysia Perlis
Dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari (COSCEM) telah mengadakan 'Coffee Talk' .
Coffee talk ini bertujuan untuk sembang santai isu pencemaran plastik yang bukan sahaja menghantui rakyat Malaysia tetapi meliputi penduduk di peringkat global kerana ia bagaikan musuh kepada alam sekitar. Kita terlalu bergantung pada penggunaan plastik sekali gus menyebabkan ia sukar dikawal sehingga berlaku pencemaran. Bahkan, penggunaan plastik yang berleluasa menyebabkan ia dibuang merata-rata tempat.
FEBRUARY 2021

Bengkel DIY Hand Sanitizers
25.2.2021 , Bilik Inovasi PJIMA UiTM Perlis
Menghasilkan hand sanitizer sebagai penjanaan pendapatan universiti.
Hasil pendapatan disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan.
Projek sukarelawan di antara staf UiTM untuk komuniti.
Menjana pendapatan universiti dan menyumbang kepada komuniti iaitu pekerja barisan hadapan.
MARCH 2021

YOUNG TALENT DIGITAL CAMP: SPOTLIGHT YOUR PROFILE- PROFESSIONAL PERSONAL BRANDING START-UP
10.3.2021, ZOOM
Menyediakan pelajar dengan kepentingan meninggalkan jejak digital yang baik di media sosial untuk menjamin pekerjaan yang baik. Mempelajari cara-cara membina profile di LinkedIn.
MARCH 2021

BENGKEL STRATEGI PENUKARAN MANUSKRIP TESIS KEPADA BUKU
23.3.2021, GOOGLE MEET
Bengkel yang memberi pendedahan kepada pensyarah tentang penukaran manuskrip tesis kepada buku.
MARCH 2021

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI HUTAN
26.3.2021, TAMAN NEGERI PERLIS
Memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai undang-undang dan peraturan di dalam kawasan hutan simpanan kekal (HSK) di Negeri Perlis.
APRIL 2021

Invited Lecturer for Animal Physiology Course between UiTMPs and UIR
5.4.2021, GOOGLE MEET
Memupuk kerjasama antara UiTMPs dan UIR dalam pengajaran yang melibatkan perkongsian ilmu daripada pensyarah Biologi kepada pelajar yang terlibat dengan kursus Fisiologi Haiwan.
APRIL 2021

Marine Alumni Talk: Mariners, Infinity OppOrtunities
24.4.2021, CISCO WEBEX
Mendedahkan pelajar dengan pihak industri.
Memberi motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha dan menceburi bidang yang diminati.
Membina hubungan kerjasama dengan pihak industri..
MAY 2021

Motivational & Career Talk: Fast Track PhD, Dr. To Be... Can U Do It?
22.5.2021, CISCO WEBEX
Memupuk semangat dan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang dipilih.
Menyediakan platform yang bermanfaat kepada pelajar FSG untuk memilih kerjaya mereka selepas tamat pengajian.
MAY 2021

The Potential of DIS Graduates
29.5.2021, CISCO WEBEX
Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang serta mempunyai keterampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin di masa hadapan.
Meningkatkan semangat dan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang dipilih.
Menyediakan platform yang bermanfaat kepada para pelajar FSG untuk memilih kerjaya yang sesuai apabila telah tamat pengajian kelak.
JUNE 2021

Webinar ‘Perkongsian Pakar 1.0: Biodiversiti di Perlis’
16.6.2021, FACEBOOK LIVE FRIM
FRIM dengan kerjasama UiTM Perlis (FSG) telah menganjurkan webinar bertajuk ‘Perkongsian Pakar 1.0: Biodiversiti di Perlis’ pada 16 Jun 2021, bermula jam 8.45 pagi hingga 12 tengah hari, berlansgsung menggunakan platform Zoom dan Facebook Live.
Urusetia bagi penganjuran webinar ini terdiri dari pihak FRIM dan juga pensyarah dari UiTM Perlis.
Aturcara webinar ini dimulai dengan ucapan alu- aluan oleh Prof. Dr. Hj Khudzir Hj Ismail, Rektor UiTM Perlis dan disusuli uacapan perasmian oleh Ketua Pengarah FRIM iaitu Dr. Ismail Hj. Parlan. Pengisian webinar ini melibatkan dua sesi pembentangan oleh pakar iaitu oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad, UKM (Kepelbagaian Biologi Hutan Hujan Tropika) dan Puan Rafidah Abdul Rahman, FRIM (Pengetahuan Terkini Mengenai Kepelbagaian Flora di Perlis).
Webinar ini menarik penyertaan yang sangat memberangsangkan, melebihi 500 peserta dari pelbagai sektor, yang mana 255 peserta adalah dari IPTA (kebanyakkan adalah pelajar UITM Perlis). Sesi kuiz telah berlangsung pada peringkat akhir webinar (menggunakan aplikasi Kahoot!) dan turut menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta.
Secara keseluruhan, webinar ini telah berjaya memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kepelbagaian biologi hutan hujan tropika serta spesies-spesies flora dan fauna yang endemik, khususnya di habitat gua batu kapur di Perlis.
JUNE 2021

Pengurusan Pembuangan Sisa Terjadual di Malaysia
17.6.2021, CISCO WEBEX
Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 , Program SM Sains Teknologi Marin, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Perlis dengan ini mengadakan webinar (ceramah atas talian) tentang "Pengurusan Pembuangan Sisa Terjadual di Malaysia" bersama Ts Tn Hj Mohd Faizal Hj Ab Jalil (JAS Kedah) sebagai penceramah jemputan.
JUNE 2021

Webinar Trash To Treasure "Polymer Sustainability"
18.6.2021, GOOGLE MEET
JUNE 2021

MARTECH Industrial Talk with the Malaysian Space Agency (MYSA) on the topic "Computerized Technology and Electronic Navigation in Marine Technology
23.6.2021, GOOGLE MEET & FACEBOOK LIVE @ MarTech Uitm
JULY 2021

Projek Penanaman Laktut (Caulerpa Lentillifera) di Pulau Tuba
2.7.2021, Kg. Sungai Kubang Badak, Pulau Langkawi
Kumpulan Penyelidik Ocean, Research, Conservation & Advances (ORCA), FAST & MMB, FSG, UiTM Perlis dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Kedah telah melaksanakan projek komuniti “Penanaman Laktut dari Spesies Caulerpa lentillefera bersama komuniti perikanan Kampung Sungai Kubang Badak, Langkawi pada 6 Jun 2020 sehingga kini dengan menggunakan sistem tangki di darat (In-Land Culture Based).
Di dalam projek ini, penyelidik adalah terdiri dari barisan pensyarah dari FSG dan pelajar latihan industri dari program Teknologi Marin (AS254). Selain daripada itu, penyertaan daripada komuniti perikanan Kampung Sungai Kubang Badak, Langkawi amat memberangsangkan dengan penyertaan enam (6) orang dari kalangan komuniti tempatan.
Secara keseluruhan, projek ini telah berjaya memberi pendedahan kepada komuniti setempat bagaimana untuk memelihara dan menjaga biak spesies laktut ini. Secara tidak langsung, ia akan menjadi penjana sumber pendapatan baharu di kala Covid-19 melanda di Negara kita. Dengan bimbingan dan nasihat dari penyelidik FSG, pihak komuniti telah memperoleh sejumlah gran pembangunan tapak pengkulturan spesies dari program Dasar Jaminan Makanan Negara bernilai RM50,000.00 daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Oleh yang demikian, projek ini selari dengan matlamat SDG 1 (No Poverty), SDG 2 (Zero Hunger) dan SDG14 (life below water). Di harap, dengan adanya program seumpama ini, dapat melonjakkan lagi nama UiTM dipersada antarabangsa.
JULY 2021

FSG Montage & Logo Competition
9.7.2021, CISCO WEBEX
Pertandingan yang diadakan ini untuk melihat pelajar-pelajar FSG UiTM Perlis menyerlahkan bakat mereka dalam mencipta logo, mengedit video dan kreativiti serta hasil seni yang tinggi yang terpendam dalam diri.
Tarikh pertandingan ini dibuka dari 9 Julai 2021 sehingga 25 Ogos 2021.
JULY 2021

Membina Kecemerlangan Bersama FSG UiTM Perlis
22.7.2021, CISCO WEBEX
Aktiviti yang dianjurkan ini dilangsungkan buat mereka yang ingin mengenali lebih dekat dengan program-program pengajian yang ditawarkan bersama wakil dari setiap program untuk menjawab kemusykilan anda.
Serta memperkenalkan program-program Ijazah Sarjana Muda yang terdapat di bawah Fakulti Sains Gunaan, UiTM Perlis kepada orang awam khususnya para pelajar lepasan SPM/STPM/Diploma dan Matrikulasi.
JULY 2021

Program Pembangunan Komuniti Hutan
26.7.2021, GOOGLE MEET
Program Pembangunan Komuniti Hutan - Geologi Kawasan Hutan Simpan Negeri Perlis: Formasi Dan Jenis Batuan Serta Pembentukannya.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Tenaga & Kampus Lestari (COSCEM)
Penceramah : Encik Abdullah Bin Sulaiman, Pengarah Profesor Adjung, P.Geol., Figm, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Kedah/Perlis/Pulau Pinang
JULY 2021

A Seminar on Marine Resource Sustainability & Creating Collaborative, Versatile Researcher
30.7.2021, CISCO WEBEX
Seminar on RIG Sharing Expertise Series 2/2021 yang bertajuk "A Seminar on Marine Resource Sustainability & Creating Collaborative, Versatile Researcher" yang merupakan anjuran Unit Penerbitan dan Kecemerlangan, PJIM&A UiTM Perlis dengan kerjasama RIG Ocean, Research, Conservation & Advances (ORCA), & RIG Marine Material & Biological (MMB) Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UiTM Cawangan Perlis.
Bersama penceramah:
Penceramah 1: En Jamil Tajam, Kumpulan Penyelidik Ocean, Research, Conservation & Advances (ORCA), FSG, UiTM Perlis (Tajuk : Towards Sustainable Marine Resources)
Penceramah 2: Dr Sharizal Hasan, Kumpulan Penyelidik Marine Material & Biological Research Group (MMB) (Tajuk : Creating Collaborative, Versatile Researcher)
AUGUST 2021
No activity...
SEPTEMBER 2021

2nd Virtual Symposium on Sciences 2021
28.9.2021, GOOGLE MEET
VSoS 2021 menyediakan platform untuk berkongsi hasil penyelidikan dalam sains dan seterusnya, mewujudkan rangkaian kerjasama untuk masa hadapan. Selain itu, simposium ini memberi peluang kepada peserta dan penyelidik untuk menerbitkan hasil kajian mereka dalam Journal of Academia (JoA).
SEPTEMBER 2021
Webinar Publish & Flourish: From FYP to Journal Publication
29.9.2021, CISCO WEBEX
Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada anda untuk menukarkan draf manuskrip hasil dari projek FYP anda yang disimpan oleh pensyarah FSG anda kepada jurnal.
Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu dari 29 Sept sehingga 30 Sept 2021.

OCTOBER 2021

Taklimat Pelajar Baru Fakulti Sains Gunaan (FSG) Oktober 2021
07.10.2021, Google Meet
Taklimat oleh KPP dan KK Fakulti Sains Gunaan untuk pelajar-pelajar FSG yang baru bagi sesi 1/Oktober 2021 iaitu pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
OCTOBER 2021

Webinar Preparing for Professorship
07.10.2021, Google Meet
OCTOBER 2021

Pertandingan Saintis Cilik 2021
18.10.2021, GOOGLE MEET
Pertandingan Saintis Cilik ini diadakan 18 Oktober 2021 hingga 28 November 2021 bagi mencungkil dan menarik minat pelajar kepada Sains dari usia yang muda. Ia terbuka kepada pelajar tadika/prasekolah dan sekolah kebangsaan di seluruh Malaysia. Pertandingan ini dikendalikan dengan sepenuhnya secara atas talian dan peserta perlu menyediakan dan menghantar video pendek berdurasi kurang dari 3 minit mengenai tema yang ditetapkan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
OCTOBER 2021
MoU/Moa Signing Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama rakan-rakan MoU/MoA

28.10.2021, CISCO WEBEX
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis Catat Sejarah Tandatangani 20 MoU/MoA bersama dengan agensi, industri, institusi dalam dan luar negara pada 28 Oktober 2021. Ini menjadikan sejumlah 28 MoU/MoA telah ditandatangani oleh UiTM Cawangan Perlis sehingga Oktober 2021. Majlis secara atas talian telah diadakan, dan di hadiri oleh YBhg Prof Dr Hj Khudzir Hj Ismail; Rektor UiTM Cawangan Perlis, Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Perlis serta Naib Canselor, Rektor, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah serta barisan pengurusan kanan setiap agensi, industri dan institusi dalam dan luar negara.
Daripada jumlah tersebut, 17 daripadanya adalah kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dan 3 lagi melalui kerjasama Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama rakan-rakan MoU/MoA yang terdiri daripada Universiti/Institusi Antarabangsa:
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia (MoA).
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Malaysia.
Universitas Pembangunan Nasional Veteran Jawa Timur, Indonesia.
Universitas Islam Riau, Indonesia (MoA)
Islamia University of Bahawalpur, Pakistan.
Cox’s Bazar International University, Bangladesh.
Cangzhou Normal University, China.
Xinyang Normal University, China
Lebanese French University, Iraq.
University of Sfax, Tunisia.
University of Finance and Economics, Mongolia Rakan industri/agensi
Dive Buddy, Malaysia.
Accustrong Sdn. Bhd., Malaysia.
Econat Resources Sdn. Bhd., Malaysia.
Uniutama Solutions Sdn. Bhd., Malaysia.
Arbaah Sdn. Bhd., Malaysia.
MTS JAYA Sdn. Bhd., Malaysia.
MADA Corp, Malaysia.
Ancom Crop Care Sdn. Bhd., Malaysia (MoA)
Darul Aman English Language Learning and Teaching Association (DELTA), Malaysia.
NOVEMBER 2021

Sembang Santai: PhD Fast Track
19.11.2021, FACEBOOK LIVE @ Applied Chemistry Association - ACA UITM
Program ini dianjurkan oleh Applied Chemistry Association (ACA) UiTM Perlis bagi sesi 2021/2022. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang program PhD laluan kemasukan secara Fast-Track di UiTM melalui perkongsian oleh barisan panel jemputan iaitu:
Panel 1: Dr. Siti Khatijah binti Deraman, Pensyarah Kanan, Pusat Asasi, UiTM Kampus Dengkil
Panel 2: ChM. Dr. Hussein bin Hanibah, Koordinator (Pemasaran & Promosi), IPSis UiTM Shah Alam
NOVEMBER 2021

Webinar: "Apa Khabar Saudara Jauh?"
21.11.2021, YOUTUBE LIVE SCIENCE-X-SIS OFFICIAL
Dikala musim pandemik yang melanda ini, sudah tentu kita mempunyai kekangan untuk bertemu bersama dengan saudara khususnya yang berlainan negeri. Justeru itu , kami dari Persatuan Science X-Sis UiTM Cawangan Arau bersama dengan mahasiswa dari UiTM Cawangan Jengka dan UiTM Cawangan Tapah mengambil inisiatif mengadakan webinar atas talian ini bagi mengambil tahu akan isu-isu semasa yang berlaku di institusi masing-masing.
Program ini merupakan perkongsian bersama antara mahasiswa daripada 3 UiTM cawangan yang berbeza iaitu Perlis, Tapah dan Jengka.
DECEMBER 2021

Webinar: "Foresee Your Future"
4.12.2021, GOOGLE MEET
Merupakan satu program bicara ilmiah berkenaan alam pekerjaan. Dalam program ini, panel akan berkongsi pengalaman semasa mereka memulakan kerjaya dan juga beberapa teknik serta nasihat di tempat kerja.
DECEMBER 2021

Career Webinar: Mastering Resume
10.12.2021, FACEBOOK LIVE @ Applied Chemistry Association - ACA UITM
Webinar ini dilangsungkan bagi membantu mereka yang mempunyai kesulitan untuk menulis resume dan mengkongsikan beberapa tips-tips berguna untuk menulis resume yang mantap.
DECEMBER 2021

MARTECH Industrial Talk with Langkawi Marine Department: "Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas"
13.12.2021, FACEBOOK LIVE @ MarTech UiTM
Merupakan satu program bicara ilmiah berkenaan alam pekerjaan. Dalam program ini, panel akan berkongsi pengalaman semasa mereka memulakan kerjaya dan juga beberapa teknik serta nasihat di tempat kerja.
DECEMBER 2021

Handover of Used Wardrobe Wakaf to Mahad Tarbiah Islamiyah Derang
16.12.2021, MAHAD TARBIAH ISLAMIYA DERAN @ POKOK SENA, KEDAH
Community Cakna Program, Faculty of Applied Sciences and Academic Affairs, UiTM Perlis Branch.
Series 3 (14/12/2021) & 4 (16/12/2021): Handover of used wardrobe wakaf to Mahad Tarbiah Islamiyah Derang, Pokok Sena, Kedah. Thank you to the wakaf staff.
DECEMBER 2021

Bengkel Bank Proposal Geran FRSG
16.12.2021, GOOGLE MEET
Unit Pengurusan Penyelidakan Bahagian PJIM&A telah menganjurkan Bengkel Bank Proposal Geran FRSG bagi Fakulti Sains Gunaan bersama Prof. Dr. Hj. Khudzir Hj. Ismail sebagai penceramah bengkel ini. Bengkel ini dilangsungkan selama 2 hari iaitu dari 16 sehingga 17 Disember 2021 pada pukul 9:00 AM sehingga pukul 5:00 PM.
ADDRESS
Fakulti Sains Gunaan
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis, Kampus Arau, 02600
Arau, Perlis, Malaysia.
CONTACTS
+04-9882000