ACTIVITY 2022
_______
JANUARY 2022

Penyerahan surat tawaran Geran Dana Pembudayaan Penyelidikan Dalaman (DPPD)
7.1.2022, FAKULTI SAINS GUNAAN
Penyerahan surat tawaran Geran Dana Pembudayaan Penyelidikan Dalaman (DPPD), UiTM Cawangan Perlis kepada sepuluh (10) penerima yang telah disempurnakan oleh YBhg Rektor UiTM Cawangan Perlis, Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi. Hadir sama dalam pertemuan ini adalah Dr Wan Izhan Nawawi bin Wan Ismail, Koordinator Unit Penyelidikan dan Inovasi. Diharapkan dengan kejayaan ini dapat melonjakkan semangat para pensyarah untuk memperoleh geran seumpamanya.
Penerima Geran bagi bidang Sains Teknologi:
Dr Muhammad Faiz Pa'suya
Dr Non Daina Binti Masdar
Dr Solhan Binti Yahya
Dr Roziana Binti Mohamed Hanaphi
Encik Muhammad Syukri Bin Noor Azman
Encik Mohd Fauzi Bin Abdullah
Dr Siti Nurlia Bin Ali
Penerima Geran bagi bidang Sains Sosial:
Dr Marcia Jane a/p Ganasan
Puan Norshamshina Binti Mat Isa
Dr Hafizah Hajimia
JANUARY 2022

WEBINAR: Greener Ways on Managing Polymer Waste
13.1.2022, GOOGLE MEET
Fakulti Sains Gunaan dan E-Diaman akan menganjurkan webinar berkenaan 'Pengurusan Sisa Polimer untuk Kelestarian Alam' pada 13 Januari 2022 (Khamis) yang akan berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 2:30 PM sehingga 4:30 PM. Webinar ini akan dilangsungkan secara talian di Google Meet. Penceramah jemputan bagi webinar ini ialah En. Zaidi bin Romli dari Corporate Communication Department E-Diaman Sdn Bhd.
Webinar ini akan memberi ilmu tentang cara untuk mengurus sisa-sisa polimer dengan cara yang lebih hijau(Greener Ways) bagi menjaga kebersihan sekitar alam agar persekitaran sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
JANUARY 2022

RESPONSE SURFACE METHODOLOGY WORKSHOP
21.1.2022, CISCO WEBEX
Response Surface Methodology (RSM) Workshop merupakan anjuran Sustainable Polymers and Materials, Research Interest Group dari Fakulti Sains Gunaan dengan kerjasama Unit Penerbitan & Kecemerlangan, PJIM&A UiTM CAWANGAN PERLIS, UNIVERSITAS ISLAM RIAU, INDONESIA dan PRINCE of SONGKLA UNIVERSITY, PATTANI, THAILAND.
Response Surface Methodology (RSM) ialah metodologi statistik untuk membina anggaran tingkah laku sistem menggunakan hasil analisis tindak balas yang dikira pada satu siri titik dalam ruang berubah. Kaedah ini diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti kimia, fizik, kejuruteraan serta bioteknologi untuk mencari tindak balas yang optimum.
Objektif bengkel yang berlangsung selama 3 jam setengah ini adalah:
untuk menyediakan kedua-dua aspek teori dan praktikal
terutamanya untuk pengoptimuman proses
mempelajari cara-cara untuk menggunakan RSM software dengan betul dan berkesan
****************************************************************************************
Penceramah bengkel ini ialah Ts. Dr. Zaidi Abdul Ghani, Pensyarah Kanan FSG UiTM Perlis.
FEBRUARY 2022

Received a visit from UMT Navigation Training Center & students of SM Nautical Science & Maritime Transport
8.2.2022,
Marine Lestari Technology Program, Faculty of Applied Sciences is pleased to receive a visit from the UMT Cruise Training Center & students from SM Science Nautika & Maritime Transport, Faculty of Maritime Management, University of Malaysia Terengganu.
FEBRUARY 2022

Menerima Kunjungan Hormat dari ICI-Biomedical, SIRIM Industrial Research, SIRIM Berhad
23.2.2022, LECTURER THEATER (LT) @ UiTM PERLIS
Kunjungan Hormat dari ICI-Biomedical, SIRIM Industrial Research, SIRIM Berhad ke UiTM Cawangan Perlis telah diadakan di LT 6 pagi ini.
Seramai 6 wakil delegasi menyertai program ini yang mana di ketuai oleh YBhg Dr Rosdi Ibrahim, Pengarah Industrial Centre of Innovation (ICI) in Biomedical, SIRIM. Tujuan kunjungan ini adalah untuk mendapatkan dan mengetahui isu dan cabaran antara dua pihak selain menjalinkan peluang kolabrasi dengan potensi geran yang ada.
Majlis dirasmikan oleh YBhg Prof Madya Ts Dr Shukur Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis. Turut bersama-sama dalam sesi ini adalah YBhg Prof Ts Dr Mohd Azlan Mohd Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis, barisan penyelidik kanan dan penyelidik dari ICI in Biomedical, SIRIM, barisan pensyarah UiTM Cawangan Perlis.
Semoga kunjungan ini di UiTM Cawangan Perlis dapat membantu dalam pemerkasaan pembangunan intelektual dan penyelidikan dengan lebih baik antara pihak SIRIM dan UiTM.
MARCH 2022

Minggu Edu 5.0 @ UiTM
25.3.2022, CISCO WEBEX
Setiap UiTM di seluruh Malaysia telah melangsungkan Program Minggu Edu 5.0 bagi kemasukan semua pelajar baharu (termasuk pelajar penerapan) ambilan sesi 2, Mac-Ogos 2022 (2022/2).
Program ini diadakan bagi menyambut kehadiran pelajar-pelajar baharu ke FSG Perlis.
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau telah melangsungkan program Minggu Edu 5.0 pada 25 Mac 2022 bagi pelajar-pelajar Fakulti Sains Gunaan. Program ini telah berlangsung secara talian iaitu melalui Cisco Webex.
APRIL 2022

Activity Name
DD.4.2022, VENUE
Description
MAY 2022

Activity Name
DD.5.2022, VENUE
Description...
ADDRESS
Fakulti Sains Gunaan
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis, Kampus Arau, 02600
Arau, Perlis, Malaysia.
CONTACTS
+04-9882000